Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


Bowling

27 Disember 2015 | Berita Semasa

Tujuan sukan ini diadakan adalah bagi merapatkan jurang interaksi (ramah-mesra) di antara pihak pengurusan dan ahli jawatankuasa kampung..... lagi

Kids fun festival 2015

28 & 29 November 2015 | Berita Semasa

Program ini bertujuan bagi mengumpul dana untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan istimewa(Austisme). Selain itu, program ini juga berhasrat untuk mendapatkan kerjasama dan sokongan..... lagi

PrOGRAM kE tANAH jUA aKHIRNYA

17 Oktober 2015 | Berita Terkini

Program ini dianjurkan oleh pelajar Diploma Pengurusan Hotel & Katering Politeknik Merlimau dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Melaka. Tujuan program ini diadakan kerana..... lagi

aKTIVITI CUTI SEKOLAH

23 September 2015 | Berita Terkini

Bagi memenuhi masa terluang ketika cuti sekolah, pihak kami telah mengadakan pertandingan yang berbeza daripada sebelum ini..... lagi

TEAM BUILDING

14-15 September 2015 | Berita Terkini

Program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan semamngat kerjasama dikalangan pekerja. Semua pekerja hadir bagi memeriahkan lagi aktiviti yang telah disediakan..... lagi

Sambutan hari raya

15 Ogos 2015 | Berita Terkini

Pada Hari Raya Aidilfitri tahun ini, kami telah menyambutnya bersama-sama pelanggan kami. Semoga dengan adanya sambutan ini, diharap para pelanggan berpuas hati dengan layanan yang kami berikan selama..... lagi

Uji minda

20 Jun 2015 | Berita Terkini

Terdapat banyak jenis permainan di dalam internet.Justeru itu kami telah mengadakan pertandingan uji minda dengan menjawab soalan-soalan berkaitan dengan matematik di dalam permainan internet. Hal ini bagi menggalakkan pengguna menggunakan internet dengan bijak terutamanya dikalangan kanak-kanak agar..... lagi

Mencipta kad hari ibu

30 Mei 2015 | Berita Terkini

Sempena sambutan Hari Ibu sedunia, pihak kami telah membuat satu pertandingan mencipta kad untuk ibu. Para peserta dikehendaki mencipta kad hari ibu menggunakan Microsoft Word mengikut daya kreatif masing-masing. Dengan ilmu-ilmu yang mereka telah belajar selama ini di dalam kelas asas komputer, mereka tiada masalah untuk mencipta kad ini...... lagi

program kdb di sekolah menengah tinggi melaka

18 April 2015 | Berita Terkini

Bulan ini kami telah berkerjasama dengan empat PI1M yang lain di dalam menjayakan Program Klik Dengan Bijak di Sekolah Menengah Tinggi Melaka. PI1M berikut adalah PI1M Kg Umbai, PI1M Parit Penghulu dan PI1M Klebang Besar.Program kali ini sangat berbeza daripada yang sebelumnya kerana disertai oleh guru-guru seramai 150 orang...... lagi

PI1M Community Training

25-27 Mac 2015 | Berita Terkini

Program ini diusahakan oleh Creative Century Management Sdn Bhd dengan kerjasama Digi Telecomunication Sdn Bhd, Google, Zalora, The Star Online dan Pos Malaysia. Program ini sangat berguna kepada peniaga-peniaga kecil di luar bandar dalam membantu mereka bagi meningkatkan lagi hasil perniagaan mereka....... lagi

Maulidur Rasul

8 Mac 2015 | Berita Terkini

Majlis sambutan Maulidur Rasul kali ini dijalankan dengan hasil kerjasama pihak Tabika Kemas. Ibubapa dan ketua kampung juga di jemput hadi bagi...... lagi

Pertandingan Menulis Karangan

27-28 Februari 2015 | Berita Terkini

Pertandingan kali ini di buat untuk mengetahui sebanyak mana imlu yang diterima oleh pelanggan selama PI1M ini berkhidmat di Merlimau. Kami telah memilih peserta yang terbaik untuk menerima hadiah yang... lagi

FrIENDLY DAY

24 Januari 2015 | Berita Terkini

Pada permulaan tahun 2015 ini kami telah mengadakan satu program dimana sambutan yang kami terima adalah amat menggalakkan daripada pelanggan kami...... lagi

 

lagi berita & aktiviti