Mengenai PI

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet (PI) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI



Sejarah

Dahulu kala ada seorang penduduk, yang bergelar Awang Lebar, yang tinggal berdekatan Asahan, telah pergi ke Gunung Ledang kononnya mahu menuntut ilmu silat dan pawang. Maka dalam perjalanannya ke Gunung Ledang, beliau telah terjumpa akan Nenek Kebayan(yang ada mengatakan jelmaan Puteri Gunung Ledang). Ia telah memohon agar dapat mendapat ilmu yang dia impikan. Nenek Kebayan ini setuju dan memberi syarat-syarat pengeras.

Pengeras ini agak luar biasa kerana mesti mengutip 40 jenis buah dan bunga dari hutan Gunung Ledang dan mesti hanya satu jenis dan pada setiap waktu malam. Dan sekiranya beliau tidak dapat mencari 40 benda-benda itu, maka satu musibah akan berlaku.
Disebabkan beliau teringin sangat mendapat ilmu, atau nak dijadikan cerita, maka Awang Lebarpun bersetuju. Maka jalanlah Awang Lebar mencari pengeras-pengeras itu. Dia berjalan pada waktu malam, dan nak dipendekkan cerita, Awang Lebar pada malam yang ke 40, beliau mencari semalaman tetapi beliau tidak jumpa buah yang terakhir.

Hanya sebelum fajar disekitar Tanjong Pinang, Awang Lebar terjumpa pokok yang agak susah nak diambil olehnya. Sebaik sahaja, matahari pun terbit dan menjelmalah pula Nenek Kebayan lalu ditukarkan Awang Lebar menjadi seekur Rimau Jadian.

Jadi sebenarnya nama Merlimau adalah berasal daripada Merimau, atau Rimau Jadian macam Sitora juga, dan lama kelamaan dengan datangnya orang China yang pelat, maka Merimau pun dipanggil Merlimau.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2014 | TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018


PELANGGAN SETIA

28 Disember 2014 | Berita Terkini

Bulan ini kami sebagai warga Pusat Internet 1 Malaysia ingin menghargai pelanggan yang setia dan layak menerima sedikit hadiah daripada pihak kami..... lagi

Mencipta Origami

15 November 2014 | Berita Terkini

Pertandingan Mencipta Origami ini adalah untuk menguji daya kreatif dikalangan para peserta. Walaubagaimanapun meraka diberi peluang untuk mencari dan meniru pelbagai jenis origami didalam internet. Selain itu..... lagi

Mesra bersama

31 Oktober 2014 | Berita Terkini

Pada bulan ini kami telah mengadakan program bagi mengeratkan lagi silaturahim di antara pengguna.Di harap pengguna sentiasa menyokong segala aktiviti yang telah di adakan setiap bulan..... lagi

Pertandingan hari merdeka

19 September 2014 | Berita Terkini

Sempena bulan kemerdekaan pada tahun ini,kami telah mengadakan pertandingan mengenai sejarah Malaysia.Ini bagi mengingati asal usul Malaysia agar tidak dilupakan oleh generasi baru..... lagi

Klik dengan bijak Di SEKOLAH MeNENGAH SULTAN ABU BAKAR

18 Ogos 2014 | Aktiviti Terkini

Kali ini gandingan dua PI1M Sg.Rambai dan PI1M Kelebang telah bersama-sama menjayakan program KDB ini di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar.... lagi

Klik dengan bijak bersama kolej komuniti jasin

03 Julai 2014 | Aktiviti Terkini

Program kali ini kami bersama-sama berganding bahu bersama PI1M Masjid Baru memberi taklimat mengenai Klik Dengan Bijak di Kolej Komuniti Jasin.Sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelajar yang baru mendaftarkan diri di sana..... lagi

Ahlan wasalan ya ramadhan

22 Jun 2014 | Aktiviti Terkini

Sempena ketibaan bulan Ramdhan yang mulia ini, kami telah mengadakan pertandingan menjawab soalan-soalan berkaitan dengan bulan Ramadhan.... lagi

majlis santai

22 Mei 2014 | Aktiviti Terkini

Majlis ini diadakan sempana penghargaan kami kepada pelanggan yang mempercayai dan sering berkunjung ke PI1M. Mereka di jamukan dengan sarapan pagi iaitu nasi lemak dan air mineral.... lagi

hari cabutan bertuah

12 April 2014 | Aktiviti Terkini

Program kali ini sebagai tanda terima kasih kami kepada pelanggan tetap kami yang sentiasa mengunjungi PI1M.... lagi

KDB bersama penduduk taman muhibah utama

29 Mac 2014 | Aktiviti Terkini

Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk menerangkan mengenai etika ketika menggunakan internet. Selain itu program ini juga adalah untuk merapatkan jurang silaturahim antara PI1M dan penduduk.... lagi

pertandingan permainan tradisional

19 Feb 2014 | Aktiviti Terkini

Pada bulan ini kami mengadakan pertandingan congkak dan guli bagi memupuk semangat rasa cinta terhadap permainan tradisional di kalangan kanak-kanak ataupun remaja. ... lagi

Mesyuarat bersama peniaga BMu

4 Jan 2014 | Aktiviti Terkini

Kami telah di jemput untuk menghadiri mesyuarat bersama peniaga-peniaga di Bandar Baru Merlimau Utara. Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk sesi suaikenal. ... lagi

lagi berita & aktiviti